Tidak hanya berdiam diri melihat Gaza semakin ditindas, ketika ini ramai yang bersuara menentang kekejaman yang dilakukan oleh pendatang haram ke negara itu. Tanpa memikirkan kesan suara tersebut, ramai pempengaruh dan selebriti mula semakin lantang menyuarakan pandangan dan solidariti mereka.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendapat perhatian netizen apabila menyuarakan tentangan terhadap kekejaman yang dilakukan kepada rakyat Palestin.
Di semua platform media sosialnya, Uyaina menyatakan simpati dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Palestin.
Walaupun beberapa hantarannya telah diturunkan dan dipadam, dia tidak putus asa untuk terus menyampaikan perkara yang benar.
Baru-baru ini juga, Uyaina telah memberikan persamaan mengenai kemerdekaan dan perjuangan yang dilakukan oleh pejuang tanah air kita terdahulu dengan pejuang Palestin, Hammas. Di dalam hantaran tersebut, dia menegur sikap rakyat Malaysia yang terlalu skeptikal dengan perjuangan Hammas dalam mengembalikan Gaza.
Namun begitu, satu komen yang ditinggalkan oleh seorang individu yang dipercayai rakyat Indonesia menyatakan negara Malaysia mencapai kemerdekaan sebaliknya.

“Malaysia merdeka kerana pemberian, bukan kerana perang melawan Inggris (British). Pendamaian diperlukan untuk Hammas vs Israel,” katanya.
Komen tersebut bagaimanapun dibalas oleh Uyaina dengan sindiran tajam.
“Saya rasa saya lebih tahu sejarah negara saya. Sebelum ‘diberi’ kemerdekaan Tanah Melayu, berapa banyak darah orang yang memberontak menentang penjajah telah gugur?
“Yang kamu lihat hanya pemberian menerusi diplomasi? Memang itu yang membezakan cara Malaysia dan Indonesia mendapatkan kemerdekaan masing-masing.
“Tapi darah prajurit tanah airku yang pernah gugur jangan kau diamkan. Jangan ajar tentang sejarah negaraku sebagaimana aku tidak pernah mengajar kamu tentang sejarah negaramu,” tulisnya.
Sumber: uyainaarshad
The post Uyaina Arshad sekolahkan netizen Indonesia yang mendakwa Malaysia merdeka kerana ‘pemberian’ appeared first on The Reporter.



