Vaksin HIV Oleh Johnson & Johnson Gagal Dalam Ujian Klinikal

WorldTechnologyDigitalSpace
20 Jan 2023 • 4:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Vaksin Cucuk

Calon vaksin HIV yang dibangunkan oleh Johnson & Johnson gagal dalam ujian klinikal fasa 3 yang dilakukan sejak 2019. Ujian yang diberikan nama Mosaico diuji oleh 3,900 peserta lelaki di Afrika, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, dan Eropah. Selepas data kajian dikumpul, tiada perbezaan jangkitan HIV dikesan dalam kumpulan yang menerima vaksin dan yang mengambil placebo.

Kegagalan ujian HIV ini mengecewakan penyelidik yang melakukan ujian mencari vaksin penyakit ini sejak lebih sedekad. Dua ujian calon vaksin Uhambo dan Imbokodo sebelum ini turut menemui kegagalan.

image is not available

Tetapi pencarian vaksin HIV kini diteruskan pula dengan ia dibangunkan menerusi teknologi mRNA yang terbukti berkesan dalam perang menentang pandemik Covid-19. Tahun lalu misalnya Moderna memulakan ujian klinikal calon vaksin HIV mereka ke atas manusia.

Dalam fasa pertama, 100 peserta sihat akan menerima tiga dos vaksin dalam tempoh enam bulan. Saintis Moderna kemudian akan memantau peserta selama 10 bulan bagi melihat sama ada vaksin mendatangkan kesan negatif ke atas tubuh. Tubuh akan diberikan arahan untuk melatih sel naif imun B menghasilkan antibodi meneutralkan secara meluas (bnAbs).

Keputusan ujian ini hanya akan diumumkan pada pertengahan tahun ini. Walaupun epidemik jangkitan HIV sudah berjaya dikawal dengan baik dan tidak lagi dilihat sebagai penyakit membunuh, vaksin masih dibangunkan kerana mencegah lebih baik daripada merawat.