Valens Onthera+ Bantu Tangani Masalah Pemakanan, Nutrisi Lengkap Pesakit Kanser

LocalHealth & Fitness
6 Sep 2026 • 3:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Valens Onthera+ Bantu Tangani Masalah Pemakanan, Nutrisi Lengkap Pesakit Kanser

Aspek pemakanan dan nutrisi yang mencukupi adalah antara cabaran utama yang dihadapi pesakit kanser sepanjang tempoh rawatan.

Secara umum, cabaran kanser lazimnya dikaitkan dengan proses diagnosis, pembedahan dan rawatan.

Hakikatnya, kajian menganggarkan bahawa 40 hingga 80 peratus pesakit kanser mengalami malnutrisi sepanjang perjalanan rawatan, menjadikannya antara komplikasi paling lazim tetapi sering terlepas pandang dalam sistem penjagaan kanser (1, 2, 3). 

Walaupun banyak pesakit mengalami masalah malnutrisi, aspek pemakanan sering menerima tumpuan yang lebih rendah berbanding dengan aspek penjagaan kanser yang lain, sedangkan status pemakanan yang kurang wajar boleh menjejaskan kekuatan, pemulihan dan kualiti hidup pesakit. 

Cabaran tersebut kini mendapat perhatian baharu di Malaysia melalui sebuah kajian klinikal tempatan, yang menyerlahkan peranan penting imunonutrisi dalam penjagaan pesakit kanser. 

Penyelidikan klinikal yang semakin berkembang kini membuktikan kepentingan pemakanan imunonutrisi bagi pesakit kanser tertentu, terutamanya pesakit yang perlu menjalani pembedahan besar. 

Garis panduan pemakanan klinikal antarabangsa turut mengesyorkan penggunaan pemakanan imunonutrisi dalam keadaan terpilih, khususnya menerusi program Enhanced Recovery After Surgery (ERAS) (4, 5, 6). 

Sebuah kajian klinikal Malaysia baharu turut menyumbang kepada penyelidikan bidang ini dengan memperkaya penyelidikan klinikal tempatan mengenai peranan imunonutrisi dalam menyokong pemulihan dan rawatan pesakit kanser. 

Kajian tersebut kini telah diterbitkan dalam jurnal klinikal Supportive Care in Cancer, melibatkan 110 pesakit kanser ginekologi yang menjalani pembedahan di Institut Kanser Negara (IKN) di bawah program ERAS.

Menerusi ERAS, tahap pemulihan pesakit yang menerima pemakanan imunonutrisi dibandingkan dengan mereka yang menerima pemakanan biasa. 

Hasil kajian tersebut menunjukkan pesakit yang menerima pemakanan imunonutrisi memperolehi proses pemulihan lebih baik, termasuk tempoh rawatan di hospital lebih singkat, pemulihan fungsi perut dan usus lebih cepat, penyembuhan luka lebih baik serta pemeliharaan status pemakanan dan fungsi fizikal yang lebih baik. 

Pesakit yang menerima pemakanan imunonutrisi juga menunjukkan profil keradangan lebih sihat dan paling ketara, tiada kemasukan semula ke hospital dalam tempoh 30 hari selepas pembedahan (7). 

Dikenali sebagai Valens Onthera+, produk pemakanan imunonutrisi tersebut adalah formula imunonutrisi khusus buatan Malaysia. 

Kajian ini turut menyumbang data daripada populasi Malaysia, yang selama ini kurang diwakili berbanding dengan penyelidikan yang biasanya melibatkan populasi Asia Barat dan Timur. 

Walaupun penyelidikan mengenai kepentingan pemakanan dalam penjagaan kanser semakin berkembang, ramai pesakit kanser masih mengalami cabaran tersebut. 

Bagi membantu menangani cabaran ini, program kebajikan Valens Onthera+ “1,000 Cans of Hope” telah dilancarkan di Psychosocial Support Summit, sempena National Cancer Congress 2026 4 September lalu.

Program ini adalah antara inisiatif VALENS® Support Fund, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kanser yang ditubuhkan Pharm-D Health Science Berhad (Pharm-D HS) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM).

Ia dilancarkan secara rasmi pada Hari Kanser Sedunia 2026 dengan kehadiran Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

Melalui program kebajikan Valens Onthera+ “1,000 Cans of Hope”, sebanyak 1,000 tin formula khusus imunonutrisi Valens Onthera+ disumbangkan kepada pesakit kanser yang layak dan dikenal pasti menerusi NCSM. 

Setiap penerima akan menjalani sesi penilaian menyeluruh oleh pakar dietetik, bagi menentukan keperluan pemakanan serta kesesuaian klinikal masing-masing. 

Pengarah Urusan Pharm-D Health Science Berhad, Wong Chin Cheang, berkata, program kebajikan ini mencerminkan komitmen untuk memperkukuhkan pemakanan sebagai komponen penting dalam penjagaan kanser. 

“Apabila mendengar perkataan ‘kanser’, kita biasanya terus memikirkan kemoterapi, pembedahan dan ubat-ubatan. Sebenarnya, ramai pesakit kanser berkongsi bahawa antara cabaran terbesar adalah mencari kekuatan untuk makan. Oleh itu, pemakanan bukan sekadar pelengkap tambahan kepada rawatan. Ia merupakan komponen penting dalam sistem penjagaan pesakit kanser,” katanya.

Jelas Wong, Pharm-D Health Science ingin menjadikan VALENS® Support Fund lebih daripada sekadar program bantuan kewangan. 

“Kami ingin menerajui usaha yang lebih menyeluruh bagi memperkukuh pemakanan khusus sebagai komponen penting dalam penjagaan kanser. 

“Program kebajikan Valens Onthera+ “1,000 Cans of Hope” menterjemahkan visi tersebut bagi memastikan pesakit kanser bukan sahaja menerima sokongan pemakanan, malah mendapat bimbingan profesional daripada pakar dietetik yang memahami keperluan pemakanan mereka,” katanya.

Pengarah Urusan NCSM, Kol. Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr Murallitharan Munisamy turut mengakui, cabaran pemakanan antara aspek paling membimbangkan di kalangan pesakit kanser, walaupun jarang kelihatan. 

“Sebenarnya, penyakit kanser bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan pesakit. Selain daripada tekanan emosi dan kewangan, antara punca utama pesakti kekurangan tenaga dan kekuatan adalah pemakanan yang tidak lengkap dan tidak mencukupi, disebabkan kekurangan selera and keupayaan untuk makan selepas rawatan and ubat-ubatan. 

“Melalui pemakanan khusus seperti imunonutrisi, kami berharap ini dapat membantu pesakit kanser mengurangkan cabaran tersebut supaya mereka dapat fokus kepada pemulihan dan penambahbaikan kualiti hidup mereka,” katanya. 

Kemajuan rawatan kanser semakin berkembang, justeru pendekatan terhadap penjagaan kanser juga perlu diperkukuhkan seiring dengan perkembangan rawatan kanser. 

Oleh itu, pemakanan juga tidak seharusnya dianggap sebagai komponen tambahan sahaja, tetapi seharusnya dijadikan sebagai salah satu komponen penjagaan kanser utama. 

Berteraskan visi tersebut, VALENS® Support Fund bukan sahaja memberi bantuan pemakanan, malah ia merangkumi usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemakanan dalam penjagaan kanser menerusi program komuniti serta seminar pendidikan untuk pesakit dan penjaga. - Getaran, 6 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved