Lenovo GeekPro Diperkenalkan Sebagai Pesaing Steam Machine Untuk Pasaran China

TechnologyGaming
8 Jul 2026 • 10:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa minggu lalu, konsol permainan PC Steam Machine telah diperkenalkan sebagai penawaran lebih “mampu milik” untuk mereka yang mahukan sebuah konsol yang boleh memainkan permainan-permainan komputer di televisyen ruang tamu. Terkini, Lenovo dilihat telah memperlihatkan penawaran hampir sama untuk pasaran China yang dinamakan Lenovo GeekPro.

Lenovo GeekPro dilihat sebagai sebuah komputer binaan padat yang tampil dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 245HX yang secara lazimnya digunakan untuk menguasakan komputer riba dan digabungkan dengan penawaran kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 8GB, memori DDR5 sebanyak 16GB dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB. Dalam pada itu, komputer ini juga hadir dengan sistem operasi Microsoft Windows 11 terbina, berbanding dengan SteamOS yang digunakan pada Steam Machine.

Image from: Lenovo GeekPro Diperkenalkan Sebagai Pesaing Steam Machine Untuk Pasaran China

Walaupun begitu, rekaan Lenovo GeekPro ini masih kelihatan sebagai sebuah komputer desktop gaming walaupun ianya mempunyai rekaan minimalis yang mengambil ilham daripada siri komputer gaming Lenovo Legion sendiri.

Image from: Lenovo GeekPro Diperkenalkan Sebagai Pesaing Steam Machine Untuk Pasaran China

Dari segi penawaran palam, komputer ini hadir dengan dua palam USB 2.0 Type-A satu palam USB Type- dan, satu palam audio di bahagian hadapan; dua palam USB Type-C, dua palam USB Type-A dan satu palam kabel Ethernet RJ-45 di bahagian belakang; dan palam-palam output HDMI dan DisplayPort daripada kad grafik yang ditawarkan.

Lenovo GeekPro kini ditawarkan di pasaran China sahaja buat masa ini pada harga 9999 Yuan (~RM6000). Ia tidak diketahui lagi jika komputer ini akan ditawarkan di pasaran-pasaran lain, termasuklah Malaysia.

Sumber: Lenovo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved