Van KKM Bawa Pelatih Terbabit Kemalangan, Sembilan Cedera

LocalHealth & Fitness
23 Sep 2026 • 5:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Van KKM Bawa Pelatih Terbabit Kemalangan, Sembilan Cedera

IPOH, 23 Sept (Bernama) -- Sebuah van Kementerian Kesihatan (KKM) yang membawa pelatih Institut Latihan KKM (ILKKM) Tanjung Rambutan terbabit dalam kemalangan di Jalan Sultan Iskandar dan Jalan Sultan Yussof, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata kejadian yang berlaku kira-kira 7.25 pagi itu mengakibatkan sembilan orang termasuk pemandu cedera.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan yang membawa pelatih itu dalam arah perjalanan dari Tanjung Rambutan ke Klinik Kesihatan Buntong untuk menjalani latihan praktikal.

Baca juga:

“Dalam kenderaan van tersebut terdapat 11 individu dan kemalangan turut membabitkan kenderaan lain. Bagaimanapun, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu satu video berdurasi lapan saat memaparkan beberapa pelatih berpakaian seragam KKM berada berdekata kenderaan yang terbabit dalam kemalangan, selain terdapat sebuah ambulans yang tiba bagi memberi rawatan lanjut.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa masih belum diperoleh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved