Sembilan cedera, van KKM terlibat kemalangan

23 Sep 2026 • 12:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sembilan cedera, van KKM terlibat kemalangan

IPOH: Sembilan individu sebahagian besarnya terdiri daripada jururawat pelatih cedera selepas van milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan berhampiran Little India Ipoh, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.25 pagi ketika van berkenaan dalam perjalanan dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan menuju ke Klinik Kesihatan Buntong.

Katanya, ketika kejadian, seramai 11 individu termasuk pemandu berada di dalam kenderaan tersebut.

“Pelatih berkenaan difahamkan dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Buntong untuk menjalani latihan praktikal.

“Seramai sembilan individu termasuk pemandu cedera dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Ditanya sama ada kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu, beliau mengesahkan dakwaan tersebut namun memberitahu punca kemlangan masih dalam siasatan. – UTUSAN

 

The post Sembilan cedera, van KKM terlibat kemalangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved