Van polis terbabas, anggota maut tercampak

17 Nov 2026 • 4:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Van polis terbabas, anggota maut tercampak
Seorang anggota polis maut selepas tercampak keluar daripada sebuah van polis yang terbabas sebelum merempuh penghadang besi di Kilometer 352 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini pada Selasa.
Image from: Van polis terbabas, anggota maut tercampak
Enam lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.
Image from: Van polis terbabas, anggota maut tercampak
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas tayar belakang kiri van berkenaan pecah secara tiba-tiba.
Image from: Van polis terbabas, anggota maut tercampak
Seorang anggota disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,
Image from: Van polis terbabas, anggota maut tercampak
Lans Koperal Muhammad Shahrul Aliff.

TAPAH – Seorang anggota polis maut selepas tercampak keluar daripada sebuah van polis yang terbabas sebelum merempuh penghadang besi di Kilometer 352 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.35 pagi ketika van jenis Maxus yang membawa 11 anggota polis termasuk pemandu sedang dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak ke Melaka.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas tayar belakang kiri van berkenaan pecah secara tiba-tiba.

**media[3713485]**

"Keadaan itu menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum kenderaan terbabit melanggar penghadang besi di bahagian tengah lebuh raya.

"Akibat kemalangan itu, beberapa penumpang tercampak keluar daripada kenderaan. Seorang penumpang berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala empat lagi mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

**media[3713486]**

Mohd Alwi berkata, enam lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-401 1222.

**media[3713488]**

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Najmuddin Zulkarnain menerusi talian 017-325 6140.

Rakaman video kejadian itu turut dikongsikan oleh pengguna lebuh raya di media sosial yang memaparkan van berkenaan melintang di tengah jalan selepas kemalangan.

**media[3713513]**

Dalam pada itu, tular gambar dan identiti anggota yang maut dikenali sebagai Lans Koperal Muhammad Shahrul Aliff.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved