Versi Baharu EV Zeekr X 2026 Diperkenalkan Pada Harga Bermula RM158K

LocalCars
23 Jun 2026 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Versi Baharu EV Zeekr X 2026 Diperkenalkan Pada Harga Bermula RM158K

Zeekr X mula diperkenalkan di Malaysia pada Disember 2024 dan merupakan kereta elektrik pertama yang diperkenalkan Zeekr bersama-sama Zeekr 009. Selang hampir 2 tahun kini Zeekr X 2026 telah diperkenalkan dengan beberapa kemaskini dalam 2 pilihan versi.

Image from: Versi Baharu EV Zeekr X 2026 Diperkenalkan Pada Harga Bermula RM158K

Untuk Zeekr X 2026, ia ditawarkan dalam dua pilihan iaitu versi pacuan belakang RWD dan versi pacuan semua roda AWD. Versi RWD boleh menghasilkan kuasa setinggi 250 kW dan 373 Nm tork membolehkan pecutan 0-100km/j sepantas 5.3 saat. Ia mempunyai jarak perjalanan sekitar 445KM WLTP dengan pengecasan DC 10-80% mengambil masa 30 minit, dan pengecasan AC 11kW mengambil masa 7.5 jam untuk pengecasan penuh.

Image from: Versi Baharu EV Zeekr X 2026 Diperkenalkan Pada Harga Bermula RM158K

Zeekr X 2026 versi AWD pula merupakan pilihan mercu untuk model ini, memberikan kuasa sebanyak 365 kW dan 573 Nm tork membolehkan pecutan 0-100km/j sepantas 3.7 saat. Ia mempunyai jarak perjalanan sekitar 415KM WLTP dengan pengecasan DC 10-80% mengambil masa 30 minit, dan pengecasan AC 22kW mengambil masa 4 jam untuk pengecasan penuh.

Image from: Versi Baharu EV Zeekr X 2026 Diperkenalkan Pada Harga Bermula RM158K

Berbeza dengan Zeekr X terdahulu, Zeekr X 2026 disertakan beberapa pembaharuan seperti kerusi urut penumpang hadapan, peti sejuk menyimpan minuman, paparan pemanduan terimbuh dan juga pembesar suara Yamaha. Ia juga tidak mempunyai pemegang pintu kerana menggunakan butang sesentuh, dan pintu hadpaan boleh dibuka secara automatik.

Image from: Versi Baharu EV Zeekr X 2026 Diperkenalkan Pada Harga Bermula RM158K

Zeekr X RWD dijual pada harga RM 158,800 manakala Zeekr X AWD dijual pada harga RM 175,800. Kedua-duanya hadir dengan jaminan selama 5 tahun atau 150,000KM jarak perbatuan, jaminan komponen voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000 KM jarak perbatuan, dan turut disertakam bersama capaian internet percuma setahun dengan kuota 6GB setiap bulan.

Image from: Versi Baharu EV Zeekr X 2026 Diperkenalkan Pada Harga Bermula RM158K
Image from: Versi Baharu EV Zeekr X 2026 Diperkenalkan Pada Harga Bermula RM158K

Dengan kemaskini Zeekr X ini dilihat menawarkan lebih model yang bersaing dalam kelas SUV kompak elektrik premium, dan diposisikan bersama-sama Smart #1 atau Volvo EX30. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved