Veveonah kini pelajar perubatan! 'Dulu, saya pernah panjat pokok untuk jawab kertas peperiksaan Kimia & Pengajian Malaysia'

LocalEntertainment
23 Dec 2024 • 2:09 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Dulu belajar di UMS, kini Veveonah menimba ilmu di MSU pula sebagai mahasiswa perubatan. Foto: Instagram Veveonah Mosibin

Beberapa tahun lalu, gadis dikenali Veveonah Mosibin, 23, pernah menggemparkan negara apabila sanggup memanjat pokok bagi menjawab kertas peperiksaan Kimia dan Pengajian Malaysia.

Tujuan Veveonah berbuat demikian semata-mata mahu mendapatkan talian internet sekali gus melancarkan peperiksaan yang diduduki.

Dia yang tinggal di Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah dan penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) ketika itu berkata, dia telah membina sebuah pondok kecil di atas bukit bagi tujuan itu (menjawab peperiksaan).

Namun, pondok tersebut telah rosak dipercayai faktor cuaca.

Dia kemudiannya memilih untuk bermalam di atas pokok kerana cuaca yang semakin gelap dan tidak memungkinkan pulang ke rumah selepas menjawab peperiksaan, katanya menerusi video di YouTube bertajuk 24 Hours On Tree Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok).

image is not available
Foto: Instagram Veveonah Mosibin

Veveonah yang sudah bergelar graduan Ijazah Sains Marin, UMS dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.46 kini bergelar pelajar perubatan di Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor sejak 1 Oktober lalu.

Dia dikatakan sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baru selama lima tahun sebagai mahasiswa tahun pertama bagi kursus perubatan di sini.

Gadis cantik ini berkata, dirinya begitu seronok apabila berpeluang belajar dalam bidang diminati.

"Di MSU, saya mempunyai ramai kawan baru daripada pelbagai latar belakang.

"Dikelilingi oleh orang yang bijak dan rajin membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar," katanya.

image is not available
Foto: Instagram Veveonah Mosibin