Kisah Jawab ‘Exam Online’ Atas Pokok Pernah Tular, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

LocalTechnology
23 Dec 2024 • 11:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pada tahun 2021, pernah tular kisah seorang pelajar universiti yang terpaksa tinggal di atas pokok buat sementara waktu bagi menjawab soalan peperiksaan dalam talian ketika pandemik COVID-19 melanda.

Pernah tular jawab exam atas pokok

Gadis yang bernama Veveonah Musibin itu terpaksa melakukan hal sedemikian kerana kampungnya yang terletak di Sabah sukar untuk mendapat talian Internet yang stabil.

Susulan itu, di atas pokok saja tempat yang membolehkan dirinya mendapat talian Internet yang laju bagi menjawab soalan peperiksaan.

Terbaru, melalui laporan New Straits Times, Veveonah kini sudah pun menjadi pelajar perubatan di Management and Science University (MSU).

Perkembangan terbaru, bergelar pelajar perubatan

Difahamkan gadis itu telah pun menamatkan pelajarannya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang sains marin dan sepatutnya dia hadir ke hari konvokesyen UMS.

image is not available

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, Veveonah memutuskan untuk tidak hadir ke hari konvokesyen terbabit kerana kini dia telah memulakan pengajian sebagai pelajar perubatan di MSU.

Biarpun dia berjaya menamatkan pelajarannya sebagai pelajar sains marin dengan CGPA 3.46, tetapi dia sudah berminat dalam bidang perubatan sejak tahun 2021 lagi dan kini sedang menjalani proses untuk memohon tajaan biasiswa.

image is not available 3 weeks ago

"Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM Diteruskan Walaupun Dalam Situasi Banjir" - Menteri Pendidikan