
KUALA LUMPUR – Langkah proaktif Kementerian Kerja Raya meneruskan penganjuran Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2026 bakal memacu jaringan strategik merentas sektor dengan memfokuskaninovasi teknologi serta kecerdasan buatan (AI).
Inisiatif berimpak tinggi ini akan memberi lonjakan positifkepada ekosistem pemain industri, khususnya dalammemperkasa syarikat Bumiputera.
Pengasas dan Pengarah Urusan VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah menegaskan, pasaran hari ini bukan lagi sekadar menuntut tenaga teknikal yang kompeten sebaliknya, ia memerlukan bakat yang mampu beradaptasi dengan pantasterhadap anjakan teknologi, automasi, dan evolusi sistem digital serta AI.
Beliau menyifatkan HPTN 2026 sebagai sebuah platform sinergi yang kritikal bagi mempertemukan penggerak utamaindustri, institusi pendidikan, badan profesional, serta generasi pelapis bakat masa hadapan di bawah satu bumbung.
“Menyedari hakikat ini, VFive Group Sdn Bhd mengambil langkah ke hadapan dengan tampil sebagai Rakan StrategikNasional Eksklusif HPTN edisi kali ini.
“Penglibatan strategik ini menterjemahkan komitmen teguhkami dalam memacu pembangunan bakat teknikal, merancakkan adaptasi teknologi, dan melonjakkan daya saingindustri negara secara holistik.
“Kami menyokong penuh visi yang dibawa oleh Kementerian Kerja Raya kerana inisiatif seumpama ini membuka jalan luasbagi syarikat Bumiputera seperti kami untuk mengukuhkankapasiti, melangkah lebih jauh, dan bersaing sebagai pemain industri bertaraf antarabangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post VFive Group perkukuh pembangunan bakat teknikal melalui HPTN 2026 appeared first on Kosmo Online.






