Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan yang melangsungkan perkahwinan pastinya mempunyai impian untuk majlis yang diadakan. Malah ada yang tampil dengan pelbagai idea unik untuk tema hari bahagia tersebut.
Pengantin buat tema majlis kahwin seperti di lapangan terbang
Baru-baru ini sepasang pengantin turut menjadi perhatian apabila tampil dengan tema yang unik untuk majlis persandingan mereka iaitu seperti berada di lapangan terbang.
Menerusi video yang dikongsikan Naim Hashim di TikTok, kelihatan para tetamu yang hadir perlu mendaftar di kaunter pendaftaran terlebih dahulu sebelum masuk ke dewan.
Siap ada kaunter pendaftaran, security check, tuntutan bagasi
Apa yang menjadi perhatian mereka tidak hanya mempunyai kaunter pendaftaran tetapi turut dilengkapi dengan laluan pemeriksaan persis seperti anda mahu menaiki penerbangan.
Bukan hanya itu, laluan pemeriksaan itu turut dijaga serta terdapat beg yang diletakkan berdekatan laluan tersebut seolah-olah untuk diimbas oleh mesin x-ray.
Selain itu, terdapat juga informasi penerbangan yang akan berlepas turut dipaparkan untuk menjadi rujukan tetamu.
Beg buah tangan diberikan untuk tetamu macam kit disediakan untuk penumpang kelas perniagaan
Di hadapan laluan pemeriksaan terdapat kaunter untuk membuat tuntutan beg di mana mereka meletakkan beg-beg goodies yang mahu diberikan kepada para tetamu yang hadir.
Lebih menarik lagi, beg goodies tersebut dilihat seperti inflight kit yang sering disediakan untuk penumpang-penumpang kelas perniagaan (business class).
![Image from: Vibe Macam Dekat Airport! Pengantin Buat Majlis Kahwin Dengan Tema Penerbangan, Siap Ada ‘Security Check’ [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/tema-penerbangan-6.jpg)
Manakala di bahagian pintu masuk kelihatan didekorasi dengan gambar seperti kapal terbang dan para tetamu dilihat seolah-olah sedang masuk ke dalam badan pesawat berkenaan.
Naim Hisham dipercayai berada di majlis perkahwinan itu sebagai pengacara untuk acara berkenaan.
Menerusi nama dipaparkan pada kapal terbang, dipercayai perkahwinan itu pada tahun 2024 yang lalu.
@naimhashimsuriafm #emcee #pengacara #kahwin #emceewedding #tiktokguru
♬ original sound – NaimHashim – NaimHashim
Ramai yang teruja lihat tema unik majlis perkahwinan
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat dekorasi majlis yang bertema seperti lapangan terbang itu.
Malah ada yang sempat berseloroh dengan mengatakan individu yang menjaga di bahagian pemeriksaan perlu membuat imbasan dengan baik sebelum membenarkan tetamu masuk ke dewan.
“Sekarang memang trend tema majlis perkahwinan macam role play ya?”
![Image from: Vibe Macam Dekat Airport! Pengantin Buat Majlis Kahwin Dengan Tema Penerbangan, Siap Ada ‘Security Check’ [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/tema-penerbangan-1.jpg)
“Ni baru betul lain dari yang lain”
![Image from: Vibe Macam Dekat Airport! Pengantin Buat Majlis Kahwin Dengan Tema Penerbangan, Siap Ada ‘Security Check’ [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/tema-penerbangan-2.jpg)
“Nampak gayanya macam nilah tema saya kalau nak kahwin nanti”
![Image from: Vibe Macam Dekat Airport! Pengantin Buat Majlis Kahwin Dengan Tema Penerbangan, Siap Ada ‘Security Check’ [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/tema-penerbangan-3.jpg)

![“Cantik & So Talented”- Ramai Teruja Lihat Hasil Lukisan Pelajar Pendidikan Khas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lukisan-7.jpg?t=1786900340)

