‘Vida, Fazley cepat-cepatlah nikah’

EntertainmentLifestyle
9 Aug 2026 • 2:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Vida, Fazley cepat-cepatlah nikah’

INGATKAN sudah kurang tetapi rupa-rupanya semakin rancak. Itu yang dapat disimpulkan mengenai gelagat Datuk Seri Vida dan Datuk Fazley Yaakob yang masih ligat ke sana sini berdua.

Dalam ruangan komen media sosial, ramai yang mendakwa mereka sudah bernikah tetapi perkara tersebut dinafikan Fazley.

Tapi Diva faham kenapa netizen dakwa mereka sudah bernikah, semuanya disebabkan kemesraan Vida dan Fazley yang dilihat seperti pasangan suami isteri. Merteka muncul di mana sahaja acara yang menjadi tumpuan, termasuklah Kuala Lumpur Fashion Week semalam.

“Hari itu Fazley nafi sudah nikah tapi mesra lain macam pula.

“Kalau belum, cepat-cepatlah nikah. Mesra sudah seperti suami isteri.

“Walaupun pegang tangan berlapik, tetap nampak tidak manis. Harap kawal sedikitlah ya,” kata netizen.

 

DIVA: Tidak sabar nak tengok konsert minggu pertama Kilauan Emas 2026.

The post ‘Vida, Fazley cepat-cepatlah nikah’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved