Vida nak jumpa TMJ, tuntut ilmu agar TRW kembali digeruni ramai

Football
18 Jul 2023 • 12:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menyatakan dirinya serius untuk memiliki kelab bola sepak, Kelantan FC (The Red Warrior).

Nak tuntut ilmu, kuatkan Kelantan FC

Malah, Vida juga mempunyai impian untuk bertemu dan menuntut ilmu dengan pemilik Johor Darul Ta’azim (JDT), Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Vida berkata, tujuannya untuk menuntut ilmu bersama pemilik kelab gergasi bola sepak tempatan adalah bagi memastikan Kelantan FC kembali digeruni terutama ketika bersaing dalam Liga Malaysia selepas ini.

image is not available

“Menjadi penaja dan pemilik adalah perkara berbeza. Sebagai persiapan, saya perlu mendapatkan seberapa banyak ilmu bagi melancarkan lagi pengurusan jika mengambil alih pasukan Kelantan FC.
“Besar harapan saya agar Tuanku dapat menerima hasrat ini. Pembaharuan dan nafas baharu yang disuntik oleh Tuanku dalam arena boleh sepak, Kelantan wajar dijadikan sebagai panduan oleh saya sebagai orang baharu,”katanya ketika ditemui oleh Sinar Harian.

image is not available

image is not available

Menurut beliau, ilmu pengurusan bola sepak yang betul perlu dimiliki jika dia mahu terus bertahan dalam menguruskan pasukan tersebut dan tidak mahu sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.

Akan turun, tinjau stadium JDT

Tambah Vida, beliau sendiri akan turun ke Johor Baharu bagi menyaksikan final Piala FA antara JDT dengan Kuala Lumpur City yang berlangsung pada 22 Julai ini.

Ia adalah bagi melihat sendiri segala fasiliti yang disediakan di stadium berkenaan dan digunapakai untuk memastikan Kelantan FC kembali kuat.

“Keputusan untuk menjadi pemilik Kelantan FC masih kekal dan segala rundingan masih lagi berjalan,”katanya lagi.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved