Vida rasa ‘annoying’ dengan diri sendiri

Entertainment
27 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Vida rasa ‘annoying’ dengan diri sendiri

DARIPADA gelang emas kiri kanan sebesar gajah hingga rantai menjulur sampai ke pusat, Datuk Seri Vida mengakui rasa jengkel melihat semula penampilan suatu ketika dulu yang sarat dengan barangan kemas.

Tidak tahu mengapa perkara tersebut disuarakan tetapi katanya, dia kini lebih selesa dengan gaya lebih ringkas.

“Dahulu trend kalau usahawan wanita kena pakai gelang emas kiri kanan, besar-besar gajah, rantai panjang sampai pusat sampai lenguh tengkuk pakai rantai emas.

“Bila tengok balik gambar lama-lama rasa macam menyampah dengan diri sendiri pula.

“Sekarang ‘less is more, simple elegant’,” katanya.

Baguslah kalau mahu gaya lebih simple sebab kadang-kadang sakit mata tengok terlalu banyak aksesori di badan.

Namun, ada juga yang cakap gaya Vida semakin berubah selepas menjalin cinta dengan Datuk Fazley, betul ke?

DIVA: Dengarnya Vida dengan Fazley sibuk mencari dewan perkahwinan, risau tahap ‘mega’ mereka kalahkan BASS.

The post Vida rasa ‘annoying’ dengan diri sendiri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved