Vida tak kosong! Bantu rawat Siti Jamumall didakwa alami gangguan sihir?

LocalEntertainment
19 Jun 2025 • 9:43 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tular video usahawan terkenal, Datu Seri Vida dilihat sedang bantu rawat Siti Jamumall yang didakwa mengalami gangguan sihir sehingga termuntah ketika proses tersebut berjalan.

Vida rawat Siti Jamumall

Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok norizanjaaffar, dapat dilihat yang Vida sedang membacakan ayat-ayat al-Quran kepada Siti Jamumall sebelum usahawan itu seakan hendak termuntah.

Vida rawat Siti Jamumall hingga muntah-muntah

Selain daripada Siti yang seakan loya dan muntah di dalam plastik yang dipegang, Vida juga dilihat seperti menahan mual beberapa kali seakan menjelaskan bertapa kuat gangguan yang dialami pempengaruh terbabit.

DSV tak kosong beb!

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial apabila menyatakan bahawa usahawan itu ‘tidak kosong’.

Mereka juga tidak menyangka bahawa Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza binti Othman boleh melakukan perubatan alternatif kepada orang lain.

image is not available

Terlalu banyak angin dalam badan Vida tarik keluar

image is not available

Ni betul-betul ke wayang sahaja?

image is not available

Vida tukar bidan pula ke?

image is not available

Sebelum ini, Siti Jamumall kembali menjadi sorotan apabila mengamuk lagi di dalam siaran langsung media sosial apabila mengatakan rakan baiknya melakukan khianat terhadapnya.

Nama rakan baiknya ‘dipetik’ sewaktu dia menzahirkan rasa geram terhadap bekas suami yang bersiaran langsung dengan seorang wanita berseluar pendek.

Sumber: TikTok norizanjaaffar