[VIDEO] 2 Kanak-kanak Main Lato-lato Masa Jemaah Wanita Tengah Khusyuk Solat

Entertainment
21 Feb 2023 • 12:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Permainan lato-lato yang kini sedang trending dah mula membuatkan ramai pihak mula rasa jelak kerana bunyi yang bising sampai mengganggu ketenteraman orang awam selain daripada membahayakan keselamatan pemain yang terdiri daripada golongan kanak-kanak.

Gangguan itu boleh jadi melampau jika ianya berlaku sewaktu sedang solat satu video yang viral di media sosial ini. Perkara ini lebih kurang sama jadi saat Tok Kadi nak akad nikah pengantin dekat negara seberang tu.

 

“Nak marah tapi kena sabar”

Video tular yang telah meraih 446K retweets dalam masa 2 hari di TikTok itu memperlihatkan situasi seperti di dalam surau wanita. Dilihat ada beberapa jemaah sedang mengerjakan solat dan dilihat juga ada 2 orang kanak-kanak sedang sibuk main lato-lato sementara jemaah lain tengah khusyuk solat.

Biarpun waktu dan kejadian lokasi masih belum dikenal pasti, ramai netizen menyirap apabila melihat video berkenaan, mereka dapat rasai bagaimana situasi fokus terganggu saat ingin mengerjakan solat diiringi dengan bunyi bising lato-lato itu.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Haih, kalau min rasa nak habiskan baca al-fatihah pun susah sebab bising sangat ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.