Video 2 Pelajar Sekolah Menyeberang Sungai Menggunakan Tali Dan Tong Di Sabah, Netizen Pertikaikan ‘Kemajuan’

9 Nov 2022 • 1:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bandar memang kelihatan kemajuannya tetapi kawasan yang agak terpencil? Bagaimana nasib mereka?

Video 2 Pelajar Sekolah Menyeberang Sungai Menggunakan Tali Dan Tong Di Sabah, Netizen Pertikaikan ‘Kemajuan’. Nak dekat dengan pilhanraya umum ini memang akan banyak isu ’kemajuan’ yang dibangkitkan dan dipertikaikan oleh segelintir netizen. Mungkin niat mereka hanya untuk membuka mata rakyat tentang kenyataan dunia yang sebenar-benarnya.

Kalau kita perhatikan sememangnya kita boleh lihat pelbagai kemajuan mula dilaksanakan terutamanya kita boleh saksikan kemajuan-kemajuan di bandar. Tetapi, sedar atau tidak bahawa ada sesetengah tempat yang terpencil masih agak ketinggalan?

image is not available
Video 2 Pelajar Sekolah Menyeberang Sungai Menggunakan Tali Dan Tong Di Sabah, Netizen Pertikaikan ‘Kemajuan’. Sumber gambar: FB Sylvia Kho

Video 2 pelajar menyeberang sungai naik tong diubahsuai jadi bakul sebagai pengangkutan dan menggunakan tali, netizen pertikaikan ’kemajuan’

Salah satunya adalah video rakaman tentang 2 orang pelajar sekolah di Sabah yang menghadapi kesukaran kerana perlu menyeberang sungai dengan cara yang tidak sepatutnya. Dengan keadaan air sungai yang deras, cara pengangkutan tersebut sebenarnya agak merbahaya.

image is not available
Video 2 Pelajar Sekolah Menyeberang Sungai Menggunakan Tali Dan Tong Di Sabah, Netizen Pertikaikan ‘Kemajuan’. Sumber gambar: FB Sylvia Kho

Video yang telah tular tersebut mempertontonkan kesukaran 2 orang pelajar sekolah untuk menyeberang sungai dengan menggunakan tali dan sebuah tong yang diubahsuai untuk dijadikan pengangkutan mereka untuk menyeberang.

Video tersebut telah tular di Facebook dan segelintir netizen mula mempertikaikan ’kemajuan’ yang digembar-gemburkan oleh kerajaan. Memandangkan sekarang musim panas dengan manifesto, netizen menjadikan kesempatan ini untuk mempertikaikan hal sebenarnya terutamanya di kawasan-kawasan atau daerah yang terpencil.

image is not available
Sumber gambar: FB Sylvia Kho

Tidak dinafikan kalau di pekan mahupun bandar, kita pasti dapat melihat kemajuan yang semakin pesat dibangunkan. Namun, hak rakyat di tempat sebegini jangan dipandang enteng kerana mereka sangat memerlukan terutamanya untuk anak-anak kecil yang perlu bersusah-payah hanya sekadar untuk pergi dan balik dari sesi persekolahan.

Rasanya ini bukan kali pertama isu yang sama dibangkitkan. Sebelum ini juga ada isu yang lebih kurang sama seperti ini berlaku di Sabah dan boleh baca artikel tersebut dibawah: