Video TikTok Pelajar Sekolah Di Keningau Menyantuni Pengawal Keselamatan Dapat Pujian Netizen

9 Nov 2022 • 5:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Adab individu semakin memudarkan terutamanya dalam kalangan anak muda kerana terikut cara hidup Barat

Video TikTok Pelajar Sekolah Di Keningau Menyantuni Pengawal Keselamatan Dapat Pujian Netizen. Pernah dengar tak kalau orang selalu cakap yang orang berilmu belum tentu beradap tetapi orang beradap sudah tentu berilmu dan pasti juga kita pernah dengar bahawa adab mengatasi segalanya.

Di zaman serba moden ini, memang adab menjadi salah satu benda yang amat kritikal kerana kebanyakkan terutamanya anak muda mula terikut dengan kehidupan ala Barat. Namun, tidak dengan situasi yang dirakam dan dimuatnaik di Tiktok melalui akaun @ohaldro.

image is not available
Video TikTok Pelajar Sekolah Di Keningau Menyantuni Pengawal Keselamatan Dapat Pujian Netizen. Sumber gambar: TikTok @ohaldro

Video di TikTok, banyak pelajar SK Luagan Keningau, Sabah menyantuni pengawal keselamatan mereka

Sebuah video pendek yang dimuatnaik di TikTok telah menarik perhatian netizen kerana tingkah laku dan adab pelajar di sebuah sekolah di Keningau, Sabah iaitu Sekolah Kebangsaan Luagan yang sangat jarang kita lihat.

image is not available
Video TikTok Pelajar Sekolah Di Keningau Menyantuni Pengawal Keselamatan Dapat Pujian Netizen.

Pelajar sekolah kelihatan tidak kekok menunjukkan adab mereka menyantuni pengawal keselamatan sekolah mereka yang sedang berdiri mengawasi keadaan di hadapan sekolah. Bukan seorang sahaja, malah berturut-turut pelajar daripada sekolah yang sama melakukan hal yang serupa kepada pengawal keselamatan tersebut.

Netizen puji sikap pelajar, yakin juga pengawal tersebut orang yang baik, puji didikan ibu bapa, penjaga dan guru

Tingkah laku pelajar tersebut telah mendapat banyak pujian netizen di ruangan komen dan kebanyakkan netizen yakin bahawa pengawal keselamatan tersebut adalah seorang individu yang baik dan disegani oleh pelajar sekolah.

image is not available

Bahkan, mereka juga memuji kerana mereka juga yakin bahawa ini adalah hasil didikan yang terbaik daripada kedua ibu bapa mahupun penjaga kepada pelajar terbabit dan juga guru-guru sekolah tersebut.

Kalau tengok video tersebut memang agak sebak juga ditambah pula dengan pilihan musik yang mengiringi video tersebut. Semoga akhlak seperti di dalam video tersebut dapat menjadi contoh untuk semua lapisan masyarakat kita tanpa mengira usia dan latar sosioekonomi seseorang.

Dari usia muda adalah satu peringkat usia yang mudah untuk ibu bapa atau penjaga membentuk anak mereka dari pelbagai aspek seperti peribadi, sikap malah dari segi kecenderungan dan minat anak-anak juga.

Boleh baca artikel yang menarik yang berkaitan dengan isu ini dibawah: