Ribut rosakkan 32 rumah di Kampung Bukit Kapar, tiada mangsa

LocalEnvironment
2 Sep 2026 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut rosakkan 32 rumah di Kampung Bukit Kapar, tiada mangsa

SHAH ALAM, 2 SEPT: Sebanyak 32 rumah di Kampung Bukit Kapar mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda kawasan berkenaan petang semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar memaklumkan operasi pemantauan dijalankan kira-kira jam 2 petang dengan kekuatan enam anggota serta bantuan sebuah jentera dari BBP Bestari Jaya.

“Sebanyak 32 rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Kampung Bukit Kapar.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terlibat dalam kejadian itu,” menurut kenyataan BBP Kapar di Facebook.

Operasi diketuai PBK II Mohd Hafiz Noorbiq menggunakan jentera FRT BBP Kapar bersama bantuan anggota dan jentera dari BBP Bestari Jaya.

Menurut bomba, cuaca dilaporkan baik ketika pemantauan dilakukan, namun risiko banjir masih wujud di kawasan terjejas.

Penduduk yang terkesan turut membuat laporan kerosakan kepada pihak berkuasa, manakala pemantauan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan penduduk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved