![Image from: [VIDEO] 4 pagi dah beratur nak beli iPhone 18 Pro](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-18-at-10.09.35-AM-1024x685.jpeg)
PETALING JAYA – Demam iPhone 18 Pro dilihat semakin hangat apabila orang ramai sanggup beratur seawal pukul 4 pagi bagi mendapatkan telefon pintar terbaharu keluaran Apple itu.
Menerusi perkongsian orang ramai di media sosial, suasana beratur panjang dilaporkan berlaku di beberapa lokasi Apple Store di seluruh negara hari ini.
Seorang pengguna media sosial @fizabarakahtripkashmir berkongsi video memaparkan orang ramai sudah mula beratur pada pukul 4 pagi.
“18 September 2026 macam ini rupanya nak beli iPhone 18. (Pukul) 4 pagi mereka dah beratur,” katanya dalam hantaran tersebut.
Turut berkongsi situasi sama ialah pengguna Threads @serraaa yang memuat naik gambar memaparkan barisan panjang orang ramai di Apple Store di TRX pada pukul 5.50 pagi.
“TRX, Apple Store pada 5.50 pagi,” tulisnya pada ruang kapsyen.
Situasi berkenaan dipercayai turut berlaku di beberapa lokasi lain apabila peminat produk Apple mengambil kesempatan mendapatkan peranti berkenaan seawal pembukaan kedai.
Perkongsian itu sekali gus mencetuskan perhatian pengguna media sosial yang teruja melihat kesanggupan orang ramai beratur sebelum subuh semata-mata untuk mendapatkan edisi terbaharu, iPhone 18 Pro.
“Kaya betul, semua ini hasil jual buah pinggang ka?,” seloroh seorang pengguna.
“Waw…banyaknya duit kalian,” kata Emiliaa Harun. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] 4 pagi dah beratur nak beli iPhone 18 Pro appeared first on Kosmo Online.



