[VIDEO] ‘Air cecah pinggang, apa pun tak sempat’

LocalEnvironment
18 Oct 2026 • 12:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Air cecah pinggang, apa pun tak sempat’

SEBERANG PERAI – Seramai 36 mangsa terdiri daripada 10 keluarga dari Kampung Kubang Semang, di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti selepas kediaman mereka ditenggelami air susulan hujan lebat, petang semalam.

Salah seorang mangsa, Ab Ghani Abdullah, 49, berkata, dia sekeluarga yang ketika itu berada di kampung mereka di Perlis dimaklumkan oleh pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bahawa rumah mereka telah dinaiki air mencecah paras pinggang.

“Memang pada mulanya rasa tak sedap hati sebab kawasan utara memang semuanya hujan lebat, kemudian pihak MPKK hantar gambar dalam WhatsApp, air tengah naik di kawasan rumah.

“Tak boleh nak buat apa dah, tak ada barangan yang sempat diselamatkan dan kami sekeluarga terus mendaftarkan diri di PPS kira-kira pukul 10 malam tadi,” katanya yang telah menyewa di rumah berkenaan sejak enam tahun lalu.

Image from: [VIDEO] ‘Air cecah pinggang, apa pun tak sempat’
Keadaan banjir di sebuah rumah di kampung Kubang Semang semalam yang dilaporkan kembali surut, hari ini. Foto ORANG AWAM

Sementara itu, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Datuk Kamarul Haizal Koderat berkata, pemantauan berterusan dilakukan bagi menilai keadaan kawasan terjejas sebelum mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] ‘Air cecah pinggang, apa pun tak sempat’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved