‘Banjir berulang sejak September, kali ini baru pindah’

LocalEnvironment
18 Oct 2026 • 3:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Banjir berulang sejak September, kali ini baru pindah’

SEBERANG PERAI – Belum pun reda kebimbangan akibat banjir pada 20 September lalu, penduduk Kampung Kubang Semang, di sini sekali lagi berdepan bencana itu apabila 10 keluarga terpaksa dipindahkan ekoran hujan lebat selama empat jam, petang semalam.

Keadaan itu juga menyebabkan penduduk berkenaan termasuk empat orang kurang upaya ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), ketika ini.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kubang Semang MK20, Wan Ramlah Wan Ahmad berkata, kawasan berkenaan sememangnya sering dilanda banjir, termasuk kejadian pada 20 September lalu.

“Banjir terbaharu berlaku selepas hujan lebat selama kira-kira empat jam bermula pukul 2 petang semalam.

“Paras air meningkat sehingga ke paras pinggang, terutama di kawasan hujung kampung yang berdekatan sungai Kubang Semang, sebelum mula surut kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Kawasan ini kerap berlalu banjir dan kali terakhir berlaku bulan lalu. Tapi, ketika itu penduduk tak pindah ke PPS ” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, penduduk masih berwaspada apabila hujan kembali turun sejak pukul 8 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE

The post ‘Banjir berulang sejak September, kali ini baru pindah’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved