Banjir surut, 36 penduduk Kubang Semang pulang ke rumah

18 Oct 2026 • 6:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir surut, 36 penduduk Kubang Semang pulang ke rumah

SEBERANG PERAI – Seramai 36 mangsa banjir daripada 10 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, Bukit Mertajam dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaan di kawasan terjejas semakin pulih, petang ini.

Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Datuk Kamarul Haizal Koderat berkata, PPS berkenaan akan ditutup sepenuhnya pada pukul 7 malam ini selepas penilaian keselamatan mendapati mangsa boleh kembali ke kediaman masing-masing.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang mengesahkan kawasan terlibat selamat.

Beliau berkata, pengisytiharan penutupan PPS itu dijadual dibuat pada pukul 5 petang tadi.

PPS berkenaan mula beroperasi pada pukul 8.30 malam tadi bagi menempatkan penduduk dari Kampung Kubang Semang yang terjejas selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat.

Penutupan itu sekali gus menandakan berakhirnya operasi PPS berkenaan, yang merupakan satu-satunya pusat pemindahan dibuka di Pulau Pinang bagi kejadian banjir tersebut. -KOSMO! ONLINE

The post Banjir surut, 36 penduduk Kubang Semang pulang ke rumah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved