Video aksi tak senonoh lelaki dalam komuter tular, KTMB tampil beri peringatan

14 Sep 2026 • 5:57 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Video aksi tak senonoh lelaki dalam komuter tular, KTMB tampil beri peringatan

KUALA LUMPUR – Penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang berdepan gangguan atau menyaksikan kelakuan mencurigakan dalam tren dinasihatkan segera menekan butang interkom bagi membolehkan tindakan pantas diambil.

Saranan itu dikeluarkan KTMB susulan tular dakwaan seorang penumpang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika menaiki tren Komuter menuju ke Kuala Lumpur.

View on Threads

KTMB berkata, penumpang juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Polis Bantuan KTMB sekiranya berlaku sebarang kejadian yang mengancam keselamatan atau menimbulkan ketidakselesaan.

“Sekiranya situasi sama berlaku pada masa akan datang, sila tekan butang interkom di dalam tren untuk memaklumkan kepada pemandu tren, atau hubungi 03-2263 1194 (Pusat Kawalan Polis Bantuan KTMB) untuk bantuan serta-merta,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa terserempak dengan lelaki berkenaan ketika dalam perjalanan ke ibu negara sebelum berkongsi kejadian itu sebagai peringatan kepada orang ramai.

Menurut saksi, video asal mengenai dakwaan berkenaan yang dimuat naik di TikTok telah dipadamkan, menyebabkannya memilih platform lain untuk menyebarkan maklumat tersebut.

Saksi turut mendakwa lelaki terbabit menunjukkan tingkah laku meragukan sebelum memakai gelang tiket dan turun di Stesen KTM Setia Jaya.

Individu berkenaan dipercayai menuju ke Sunway Pyramid untuk menghadiri sebuah acara. Bagaimanapun, identiti serta tujuan sebenar lelaki itu belum dapat dipastikan.

KTMB menghargai keprihatinan pengguna yang mengetengahkan perkara berkenaan dan meminta orang ramai segera melaporkan sebarang perlakuan mencurigakan kepada petugas.

Langkah itu penting bagi membolehkan bantuan diberikan dengan segera, selain memastikan keselamatan serta keselesaan semua pengguna pengangkutan awam terus terpelihara.

The post Video aksi tak senonoh lelaki dalam komuter tular, KTMB tampil beri peringatan appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved