[VIDEO] 'Alhamdulillah saya sihat' - Jaslinda dibenar keluar hospital

LocalHealth & Fitness
9 Jun 2026 • 2:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] 'Alhamdulillah saya sihat' - Jaslinda dibenar keluar hospital
Image from: [VIDEO] 'Alhamdulillah saya sihat' - Jaslinda dibenar keluar hospital
Jaslinda meninggalkan pekarangan hospital dengan menaiki sebuah kereta Honda City berwarna hitam dipandu suaminya, Haszman.
Image from: [VIDEO] 'Alhamdulillah saya sihat' - Jaslinda dibenar keluar hospital
Jaslinda dilihat keluar dari wad perempuan jam 1.50 petang dalam keadaan bertongkat dengan kaki kiri berbalut.
Image from: [VIDEO] 'Alhamdulillah saya sihat' - Jaslinda dibenar keluar hospital
Jaslinda dibenarkan keluar dari Hospital Tapah pada Selasa.

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, meluahkan rasa syukur selepas dibenarkan keluar dari Hospital Tapah pada Selasa, selepas menerima rawatan selama tiga hari di hospital berkenaan.

Jaslinda dilihat keluar dari wad perempuan jam 1.50 petang dalam keadaan bertongkat dengan kaki kiri berbalut.

**media[3545355]**

Beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan keselamatannya sepanjang tempoh beliau dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih.

“Alhamdulillah saya sihat. Terima kasih banyak kepada rakyat Malaysia kerana mendoakan keselamatan saya. Selepas ini saya nak balik rumah, berehat dulu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda

Beliau turut memaklumkan akan memberikan penjelasan lanjut berhubung beberapa dakwaan yang tular, namun meminta ruang untuk berehat terlebih dahulu.

"Kenyataan saya kemudian akan saya beritahu. Apa yang didengar itu semua fitnah, nanti saya bagi kenyataan saya,” katanya.

**media[3545354]**

Dalam nada sebak, Jaslinda turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta pihak hospital yang merawatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: p>'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda

Saya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda

Operasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira

'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda

Jaslinda maklum tiada unsur mistik, gangguan ketika dalam hutan - Exco Perak

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, saya sangat menghargainya. Saya minta maaf kerana menyusahkan pasukan SAR. Saya tiada niat nak menyusahkan sesiapa,” katanya.

Beliau meninggalkan pekarangan hospital dengan menaiki sebuah kereta Honda City berwarna hitam dipandu suaminya, Haszman Othman, 61.