[VIDEO] Anak Muda Singapura Dedah ‘Segan’ Cakap Dalam Bahasa Melayu, Ini Sebabnya…

Entertainment
21 Aug 2023 • 3:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengunaan bahasa Melayu dalam kalangan anak muda Melayu di Singapura dilihat semakin berkurang kerana mereka lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris.

Menerusi satu video temuramah di TikTok @beritamediacorp, sekumpulan anak muda ini ditanya mengapa mereka takut berbahasa Melayu.

Kebanyakan mereka memberi alasan tidak menggunakan bahasa Melayu kerana bunyinya kekok dan tidak lancar.

Ada yang mengatakan dikelilingi oleh orang yang menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan mereka terpengaruh untuk bertutur dalam bahasa itu berbanding bahasa ibunda mereka.

Rata-rata anak muda di sana hanya menggunakan bahasa Melayu di rumah bersama orang tua atau bersama rakan melayu yang lain.

“Saya rasa sebab kita dikelilingi oleh ramai orang yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka.

“Saya rasa tidak saya tidak bercakap Melayu dengan baik, jadi ia sedikit memalukan kalau saya cakap dalam bahasa Melayu.

“Apabila saya perlu berbual dalam bahasa Melayu ia tidak kedengaran seperti bahasa Melayu,” ujar mereka.

Ada juga mendakwa pemilihan bahasa itu bergantung kepada orang yang berada di sekeliling. Namun, ada yang mendedahkan takut menggunakan tatabahasa yang salah hingga menyebabkan dia memilih untuk tidak bercakap bahasa itu.

“Saya rasa tidak saya tidak bercakap Melayu dengan baik, jadi ia sedikit memalukan kalau saya cakap dalam bahasa Melayu.

“Apabila saya perlu berbual dalam bahasa Melayu ia tidak kedengaran seperti bahasa Melayu,” katanya.

Perkongsian video itu telah mencetus pelbagai reaksi netizen Malaysia, rata-ratanya terkejut dengan pendedahan tersebut.

Walaupun mereka mengakui tidak fasih berbahasa Melayu, namun ada juga yang memuji penggunaan bahasa Melayu mereka dilihat lebih tersusun ketika berkomunikasi.

image is not available

Untuk pengetahuan, Singapura mengiktiraf empat bahasa rasmi, iaitu Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.