[VIDEO] Anwar beri bayangan kemungkinan F1 kembali ke Malaysia

4 Oct 2026 • 4:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Anwar beri bayangan kemungkinan F1 kembali ke Malaysia

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan kemungkinan perlumbaan Formula Satu (F1) kembali dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.

Perkara itu disampaikan Anwar ketika ditemu bual laman sukan dunia Sky Sports ketika menghadiri sesi perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan F1, Anwar berkata perkara tersebut sedang dibincangkan.

“Saya menantikannya. Kami sedang berbincang,” katanya dalam temu bual berkenaan.

Anwar turut menyifatkan penganjuran acara permotoran di Malaysia sebagai sesuatu yang hebat dan memberi manfaat kepada negara serta syarikat tempatan.

Dalam nada berseloroh, beliau turut mengakui cuaca panas dan lembap Malaysia agak mencabar berbanding keadaan yang biasa dialami pelawat antarabangsa.

“Tengoklah, saya sudah basah kuyup, tetapi tetap teruja.

“Anda dapat lihat seluruh negara turut meraikannya,” katanya.

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan kembali spekulasi mengenai kemungkinan F1 kembali ke Malaysia, selepas negara pernah menjadi tuan rumah perlumbaan berprestij berkenaan di SIC dari 1999 hingga 2017.

Bagaimanapun, Anwar tidak mengesahkan tarikh atau butiran sekiranya Malaysia benar-benar kembali menjadi tuan rumah F1, sebaliknya hanya menyatakan bahawa perbincangan mengenainya sedang berlangsung. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Anwar beri bayangan kemungkinan F1 kembali ke Malaysia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved