[VIDEO] ‘Apa kes? Ada kena kejar dengan polis di Wangsa Maju’

LocalGaming
11 Oct 2026 • 12:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Apa kes? Ada kena kejar dengan polis di Wangsa Maju’

PETALING JAYA – “GTA 6 dah release (ditayang) ke?.”

Itu antara reaksi pengguna media sosial selepas beberapa video memaparkan aksi polis mengejar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menerusi perkongsian di media sosial, kejadian itu menarik perhatian orang ramai apabila kenderaan terbabit dipercayai cuba melarikan diri daripada pihak polis sebelum berjaya ditahan.

Pengguna Threads @tqriz.hykl, menerusi perkongsiannya turut berseloroh dengan membandingkan situasi tersebut dengan permainan video popular Grand Theft Auto (GTA).

Menerusi video yang dimuat naiknya, beberapa anggota polis mengejar pemandu 4WD itu selain dibantu oleh orang awam.

Selepas beberapa minit pergelutan, individu terbabit berjaya diberkas pihak polis.

Sementara itu, seorang lagi pengguna @bell.naza, mendakwa kejadian kejar-mengejar itu berlaku di persimpangan Dato’ Tun Hussein Onn menghala ke Jelatek.

Menurutnya, suspek turut dipercayai cuba merampas tiga hingga empat buah motosikal bagi melarikan diri, namun usaha itu gagal.

Dalam video berasingan yang dimuat naik pengguna Threads yang lain, suspek turut merempuh beberapa kenderaan awam ketika cubaan melarikan diri.

Bagaimanapun, setakat ini, punca kejadian berhubung insiden tersebut belum dapat dipastikan dan Kosmo! akan mendapatkan pengesahan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Apa kes? Ada kena kejar dengan polis di Wangsa Maju’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved