[VIDEO] "Baby Tu Mesti Ingat UFO" - Sakan Tunjuk Skill Tebar Roti Canai Sampai 'Terbang' Terkena Bayi

Entertainment
21 Aug 2023 • 3:48 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kebiasaannya apabila makan di restoran mamak atau kedai makanan Melayu yang menghidangkan roti canai, mesti kita teruja nak tengok cara dorang menebar yang confirm power kan!

Skill mereka yang hebat menebar dengan laju dan ada cara tersendiri membuatkan kita kagum melihatnya.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video tular ini -- apabila seorang lelaki sakan menebar roti canai sehingga ia 'terbang' ke badan seorang bayi telah mengundang tawa ramai.

Sakan tunjuk skill tebar roti canai terbang, sekali betul-betul 'terbang' kena bayi tengah tidur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mezanrotiman, kelihatan peniaga itu sedang menunjukkan skillnya yang pandai membuat roti canai terbang.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai pelanggan di situ terkejut adalah apabila roti canai yang dilambung lelaki itu tiba-tiba terbang dengan jauh sebelum jatuh di atas badan seorang bayi yang sedang tidur di pangkuan neneknya.

image is not available

Insiden lucu itu mmebuatkan keluarga pelanggan di situ semua ketawa kerana terhibur dengan gelagat si penebar roti canai.

"Baby tu mesti ingat UFO. Buat hal lah kau bang haha" - Netizen

Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 2.2M views, 90.3K likes dan 12.2K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dan reaksi peniaga tersebut.

image is not available

Sementara di ruangan komen, netizen juga nyata terhibur dan geli hati dengan insiden roti canai terbang itu.

image is not availableimage is not availableimage is not availableSumber: Says.Com