[VIDEO] ‘Bagus rakyat Malaysia, siap badan jadi tangga’

3 Sep 2026 • 6:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Bagus rakyat Malaysia, siap badan jadi tangga’

PETALING JAYA – Sikap prihatin rakyat Malaysia yang sanggup membantu penumpang sebuah bas persiaran yang terbabit kemalangan sehingga ‘menjadikan badan sebagai tangga’ mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi video yang tular, beberapa individu dilihat membantu penumpang sebuah bas persiaran untuk turun dari kenderaan berkenaan yang terbabas di tepi lebuh raya.

Lebih menyentuh hati apabila seorang lelaki dilihat membongkok dan menggunakan tubuhnya sebagai tempat pijakan bagi memudahkan penumpang lain turun, manakala beberapa individu lain turut menghulurkan bantuan.

Difahamkan, kejadian berlaku di salah sebuah lebuh raya menuju ke selatan tanah air dan melibatkan sebuah bas persiaran yang terbabas membawa penumpang dalam serta luar negara.

Situasi berkenaan dipercayai dirakam oleh orang awam sebelum dikongsikan di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata pengguna memuji tindakan spontan berkenaan yang disifatkan sebagai gambaran semangat saling membantu dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya ketika berdepan situasi tidak dijangka.

“Perghh.. dia punya tolong sampai sanggup badan dijadikan tangga,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna pula berkata, sikap seperti itu penting kerana tiada siapa mengetahui individu yang bakal membantu kita apabila ditimpa musibah, terutama ketika berada di tempat orang.

“Momen hebat macam ni, betul-betul 1 Malaysia, sebab itu saya benci kepada orang rasis,” tulis seorang lagi pengguna.

Video tersebut terus mendapat perhatian dengan ribuan tanda suka dan ratusan komen, selain dikongsikan oleh pengguna media sosial lain.-KOSMO! ONLINE.

The post [VIDEO] ‘Bagus rakyat Malaysia, siap badan jadi tangga’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved