
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang kita tahu, penggunaan papan selaju (skateboard) di jalan raya adalah satu kesalahan undang-undang memandangkan ia dikategorikan sebagai kenderaan mikromobiliti. Oleh disebabkan itu, skateboard ini perlu digunakan di tempat yang selamat dan dibenarkan sahaja sebagai contoh di mana-mana laman skate park.
Bagaimanapun, ada juga sesetengah pihak yang menyalahgunakan kawasan itu dengan melakukan aktiviti lain.
Bapa Tegur Pemain Skateboard, Minta Beri Ruang Untuk Kanak-kanak Main Rollerblade
Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Farah Yusof yang merupakan pengunjung Urban Skate Plaza by Vans sekitar MRT Ampang Park telah berkongsi situasi tegang yang berlaku di sana.
Menurut Farah, pada awalnya, orang ramai dilihat bermain skateboard seperti biasa. Namun seorang lelaki yang merupakan bapa kepada tiga orang anak kecil kemudiannya menegur dan meminta salah seorang pemain untuk bermain skateboard jauh sedikit daripada anaknya.
“Bagilah budak-budak ni main. Semua tempat kau nak main, kesian diorang,” kata si bapa.
Kanak-kanak Tak Dapat Main Rollerblade Kerana Ramai Skaters
Difahamkan, orang ramai yang bermain skateboard telah menyukarkan kanak-kanak tersebut untuk bermain rollerblade dengan selamat.
“Tengah rakam-rakam layan diorang main skate tiba-tiba abang baju hitam tu spoil betul sound abang main skate tu. Kesian dia. Kalau dengar dia cakap bagi la budak-budak main, semua tempat kau (pemain skateboard) nak main. Nama pun skate (papan selaju) bang tak kan nak main pusing-pusing tepi tu je,” kata Farah di ruangan kapsyen.

Ni Bukan Playground! – Pemain Skateboard
Menerusi beberapa klip video dikongsi, kelihatan rata-rata para pengunjung di sana turut tidak bersetuju apabila si bapa bertindak menegur pemain skaters. Hal ini kerana taman itu disediakan khas untuk sukan beroda termasuklah skateboard, rollerskate dan rollerblade.
Namun ia bukanlah taman permainan kanak-kanak.
Tak Boleh Halau Skaters Dari Skate Park Hanya Untuk Biar Kanak-kanak Bermain – Pengunjung
Menurut perkongsian seorang individu yang dipercayai salah seorang pengunjung yang menegur si bapa, penjaga seharusnya memantau anak kecil yang bermain di situ dan bukannya menghalau skaters lain.
“Kalau ikutkan, skatepark tu khas untuk skaters. Tapi sebabkan ia tempat awam, pemain skateboard masih boleh tolak ansur tapi masing-masing perlu hadap risiko sendiri.
“Jangan harapkan skaters ni kena perlahan dan peka dengan anak korang. Korang (ibu bapa) yang kena hadap risiko tu dan pantau anak. Tak boleh suruh skaters tu main tempat lain. Sebab itu tempat diorang main (skateboard).
“Menyalahi undang-undang kalau skaters ni main dekat tempat lain. Tapi masih ramai yang menyalahgunakan skatepark dan tahu tahu etika taman tu,” katanya.
Namun Pun Skate Park, Orang Main Skateboard La – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi mengenai situasi perbalahan itu.
Ramai netizen tidak bersetuju apabila golongan skaters diminta untuk bermain di kawasan tepi sahaja.
“Apa la guna skate park ada bonggol-bonggol semua tu kalau skater kena main dekat tepi-tepi je?” kata seorang individu.
“Nama pun skate park bang memang orang main skate la,” tambah seorang lelaki.
Bawa Kanak-kanak Main Rollerblade Di Taman Lain – Netizen
Malah, ramai juga berpendapat bahawa si bapa sepatutnya membawa anak mereka di taman lain yang lebih sesuai dengan selamat.
“Dekat Kuala Lumpur ni punya banyak taman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) buat. Yang kau bawa anak-anak main (rollerblade) dekat situ dah kenapa. Lepas tu rasa entitled orang kena bagi laluan untuk keselesaan yang kau nak?” ujar seorang wanita.
Berikut antara komen-komen netizen:








