Tular satu perkongsian di Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Farah Yusof berkongsi situasi tegang yang berlaku di Urban Skate Plaza by Vans berhampiran MRT Ampang Park baru-baru ini.
Menurut Farah, pada awalnya pengunjung di kawasan berkenaan dilihat bermain skateboard seperti biasa sebelum seorang lelaki yang juga bapa kepada tiga anak kecil menegur salah seorang pemain skateboard di situ.
Lelaki berkenaan dipercayai meminta pemain tersebut bermain di kawasan lain kerana mahu memberi ruang kepada anak-anaknya bermain rollerblade. VIDEO PENUH
“Bagilah budak-budak ni main. Semua tempat kau nak main, kesian diorang,” kata si bapa.
Farah dalam perkongsiannya berkata tindakan lelaki itu mencetuskan rasa kurang senang kerana kawasan tersebut sememangnya disediakan untuk aktiviti sukan beroda seperti skateboard, rollerskate dan rollerblade.
“Tengah rakam-rakam layan diorang main skate tiba-tiba abang baju hitam tu spoil betul sound abang main skate tu. Kesian dia. Kalau dengar dia cakap bagi la budak-budak main, semua tempat kau (pemain skateboard) nak main. Nama pun skate (papan selaju) bang tak kan nak main pusing-pusing tepi tu je,” katanya.
Menerusi beberapa klip video yang dikongsi, rata-rata pengunjung di lokasi berkenaan juga dilihat tidak bersetuju dengan tindakan si bapa yang menegur pemain skateboard terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pandangan sama dan menyifatkan si bapa sepatutnya membawa anak-anaknya ke taman lain yang lebih sesuai sekiranya mahu bermain rollerblade dengan lebih selamat.

“Dekat Kuala Lumpur ni punya banyak taman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) buat. Yang kau bawa anak-anak main (rollerblade) dekat situ dah kenapa. Lepas tu rasa entitled orang kena bagi laluan untuk keselesaan yang kau nak?” ujar seorang wanita.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki Ini ‘Teka’ Dengan Tepat Lokasi Jaslinda Ditemui, Rupanya Bukan Calang-Calang orang - "Dulu Dia Pernah..."
The post “Semua Tempat Kau Nak Main” – Bapa ‘Sound’ Skaters, Minta Bagi Ruang Anak Main Rollerblade Di Skate Park first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




