[VIDEO] Baru Nak Tenang Mandi Kolam, Lelaki Ditegur Wanita Gara-gara Baju Renang Longgar

Entertainment
26 Jun 2025 • 12:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi apabila mandi di kolam renang, salah satunya adalah mengenai pakaian.

Ini disebabkan bukan sebarang pakaian sesuai untuk mandi di kolam renang atas beberapa faktor mengenai kepentingan kolam itu sendiri.

Disangka tidak pakai baju renang

Bagaimanapun, berlainan pula situasi yang dihadapi dua orang lelaki ini apabila mereka secara tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita kerana didakwa tidak menggunakan pakaian mandi yang sesuai ketika berada di dalam kolam renang sebuah kondominium.

Menerusi perkongsian lelaki yang dikenali sebagai Arepp, rakannya kemudian menjelaskan bahawa pakaian yang mereka gunakan adalah pakaian renang dan sudah pun mendapat kebenaran daripada pengawal keselamatan.

“Pengawal keselamatan dah pastikan yang kami pakai ni swimsuits, lepas itu ada seorang wanita karen (residen) yang tiba-tiba datang serang kata kami bukan pakai swimsuits, padahal kita dah bagitahu pengawal tu dah yang ni swimsuits bukan baju jersey,” katanya.

Wanita itu seperti tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh mereka kerana dia melihat baju tersebut tidak seperti pakaian renang.

“Tapi ini tidak seperti baju renang sebab biasanya baju itu (baju renang) melekat pada badan,” ujar wanita itu.

Rakan Arepp kemudian menjelaskan bahawa baju renang yang dipakai mereka sedikit longgar kerana saiz baju tersebut yang tidak mengikut bentuk badan.

Melihat wanita tersebut seperti kurang berpuas hati dengan penjelasan mereka, rakannya meminta wanita itu menyentuh pakaian mereka untuk membuktikan kebenaran.

@areppakbar

Guard dah pastikan yang kitaorang pakai ni swimsuits , pastu ada seorang wanita karen yang attack kitaorang pasai swimsuits , padahal kita dah bagitau guard tu dah yang ni swimsuits bukan baju jersey I pakai baju size shaf swimsuit yang 7XL from China and arep punya saiz L So si karen ingat arep pakai baju jersey sebab tak nampak ketat lah Btw thanks ya for @ShafVogueBeauty sebab berani bersuara #swimmingpool #swimminggoneroal #tiktoklive #livehighlights

♬ original sound – Arepp – Arepp

“Baju renang pun ada yang muslimah”

Perkongsian video itu meraih pelbagai reaksi netizen, ada yang menyatakan baju renang kini tidaklah semuanya ketat.

Dalam pada itu, netizen juga memuji kedua-dua lelaki tersebut kerana masih berperilaku sopan terhadap wanita berkenaan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Mungkin wanita tu pun dah belajar sesuatu lepas insiden ni.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.