[VIDEO] ‘Bawa laju, dah langgar lepas tu lari’

10 Nov 2026 • 3:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Bawa laju, dah langgar lepas tu lari’

PETALING JAYA – Seorang pemandu wanita didakwa memandu laju sehingga melanggar belakang sebuah kereta lain serta melarikan diri, dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Johor.

Kejadian berlaku pukul 10.51 pagi hari ini dan ia dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV), manakala video itu dikongsikan seorang pengguna Threads Mn.hkm.

Pada video berkenaan, kelihatan sebuah kereta didakwa memandu laju dan ia disyaki melanggar bahagian tepi sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di hadapan sebuah rumah.

Pemandu wanita itu bergerak ke hadapan dan berhenti serta keluar dari kenderaannya sebelum meneruskan perjalanan, tanpa memeriksa kereta yang didakwa dilanggarnya.

“Bawa laju dah langgar lepas tu bila ditanya, pusing benda lain. Lepas tu lari. Kalau korang power (hebat), periksa nombor plat, terima kasih,” katanya.

Pengguna Threads itu mendakwa, kejadian berkenaan berlaku di rumah keluarganya dan dia turut berkongsi keadaan kereta dikatakan dilanggar wanita tersebut.

“Ni rumah keluarga saya. Nampak ada pak cik keluar rumah tu, bapa saya. Ni bukan video orang lain,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang mengecam pemandu wanita tersebut, selain ada juga menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada sekiranya mahu meletakkan kenderaan di tepi jalan biarpun di kawasan perumahan.

“Lajunya dia bawa dalam kawasan perumahan,” komen pengguna Threads Kalkausar.

“Berdasarkan pengalaman saya, polis trafik akan kata kereta parking di hadapan rumah bukan dalam kotak parking. Tak boleh tuntut insurans. PBT (pihak berkuasa tempatan) boleh saman juga kereta yang letak luar rumah tu,” kata Halimtiyaz.

Bagaimanapun, seorang pengguna Threads Nadhmira memaklumkan, tuntutan insurans tersebut masih boleh dibuat oleh pemilik kereta yang dilanggar pemandu wanita itu.

“Boleh je tuntut insurans, janji ada nombor plat kereta yang langgar dan ada video ni bukti. Saya pun kena macam ni juga. Polis kata walaupun bukan parking dalam kotak, tapi apa hak orang lain nak langgar harta orang. Kereta yang langgar akan disaman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Bawa laju, dah langgar lepas tu lari’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved