[VIDEO] Belanjawan 2027: Belia buat kerja sukarela dapat RM100 e-dompet

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 5:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Belanjawan 2027: Belia buat kerja sukarela dapat RM100 e-dompet
Image from: [VIDEO] Belanjawan 2027: Belia buat kerja sukarela dapat RM100 e-dompet
Anak muda yang menyertai aktiviti kesukarelawanan bakal menerima insentif e-dompet sebanyak RM100 menerusi program Budi Belia yang diperkenalkan kerajaan dalam Belanjawan 2027. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Anak muda yang menyertai aktiviti kesukarelawanan bakal menerima insentif e-dompet sebanyak RM100 menerusi program Budi Belia yang diperkenalkan kerajaan dalam Belanjawan 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insentif itu diberikan kepada mereka yang berjaya melengkapkan jumlah jam aktiviti kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.

**media[3673062]**

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, inisiatif tersebut bertujuan memupuk nilai ihsan dalam kalangan generasi muda supaya semangat membantu masyarakat terus menjadi amalan tanpa mengira latar belakang bangsa.

“Nilai-nilai murni harus meresap dalam diri anak-anak kita.

“Justeru, kerajaan akan memperkenalkan program Budi Belia, yakni bagi anak muda yang dapat melengkapkan jumlah jam dalam aktiviti kesukarelawanan bersama NGO terpilih, mereka menerima insentif e-dompet sebanyak RM100,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved