Belanjawan 2027 – Pemberian Insentif e-Dompet RM100 Kepada Sukarelawan Belia

LocalSales & Promo
9 Oct 2026 • 5:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Belanjawan 2027 – Pemberian Insentif e-Dompet RM100 Kepada Sukarelawan Belia

Dalam Belanjawan 2027, kerajaan memperkenalkan insentif baharu bagi menghargai sumbangan anak muda dalam aktiviti kesukarelawanan. Menerusi program Budi Belia, sukarelawan yang melengkapkan jumlah jam tertentu bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih akan menerima insentif e-dompet bernilai RM100.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa inisiatif ini bukan sekadar ganjaran kewangan tetapi usaha untuk memupuk nilai ihsan serta semangat membantu masyarakat dalam kalangan generasi muda. Langkah ini dijangka mendorong lebih ramai belia untuk terlibat secara aktif dalam kerja sukarela sekali gus meningkatkan peranan mereka sebagai penggerak komuniti sosial.

Liputan Belanjawan 2027 di Amanz disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved