Kerajaan perkenal BUDI Belia, insentif khas RM100

9 Oct 2026 • 5:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan perkenal BUDI Belia, insentif khas RM100

PETALING JAYA: Kerajaan bakal memperkenalkan Program BUDI Belia bagi menggalakkan pembabitan aktif golongan muda dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi program berkenaan, anak muda yang berjaya melengkapkan jumlah jam ditetapkan dalam aktiviti kesukarelawanan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terpilih bakal menerima insentif khas sebanyak RM100.

“Insentif ini diberikan sebagai penanda aras galakan serta penghargaan atas sumbangan tenaga dan masa mereka.

“Ia bukan sahaja bertujuan memupuk semangat patriotisme dan keprihatinan sosial dalam kalangan belia, malah berupaya memperkasa peranan NGO tempatan dalam menjayakan pelbagai agenda kebajikan masyarakat,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

The post Kerajaan perkenal BUDI Belia, insentif khas RM100 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved