[VIDEO] Belum 24 jam, air kembali naik di Kampung Baru Subang

LocalEnvironment
3 Nov 2026 • 5:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Belum 24 jam, air kembali naik di Kampung Baru Subang

PETALING JAYA – Belum sampai 24 jam keadaan banjir dilaporkan surut, penduduk di Kampung Baru Subang di sini sekali lagi berdepan situasi air mula naik hari ini.

Perkembangan itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @lxmonadxjuicxx yang memaklumkan keadaan air mula meningkat di kawasan berkenaan.

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna bertanyakan lokasi tepat kejadian sebelum pemilik hantaran menjelaskan kawasan berhadapan stesen minyak Petronas di laluan menghala ke Proton.

Pengguna berkenaan turut memaklumkan hujan sudah tidak lebat, namun masih renyai-renyai, manakala laluan di hadapan Proton dilaporkan masih boleh dilalui meskipun air dilihat mula naik sedikit.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna lain yang bertanyakan keadaan laluan berkenaan, termasuk mereka yang ingin bergerak dari Hospital Sungai Buloh menuju ke TUDM Subang.

Seorang pengguna lain turut bertanyakan sama ada paras air yang meningkat pada waktu pagi sudah kembali surut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 789 penduduk daripada 325 keluarga terjejas akibat kejadian banjir kilat susulan hujan lebat di Kampung Melayu Subang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 4 petang menyebabkan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar kampung berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Belum 24 jam, air kembali naik di Kampung Baru Subang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved