PM Anwar Santuni Mangsa Banjir Di Kampung Melayu Subang, Ramai Puji Tindakan PMX

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 6:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PM Anwar Santuni Mangsa Banjir Di Kampung Melayu Subang, Ramai Puji Tindakan PMX

“Terima kasih Perdana Menteri kerana menyantuni mangsa banjir.”

Demikian luahan seorang pengguna aplikasi Threads dikenali sebagai Nothingtthetruth yang berkongsi video lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika meninjau keadaan mangsa banjir di Kampung Melayu Subang.

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan turut merakamkan penghargaan kepada Anwar atas kesudian beliau menyantuni penduduk yang terjejas akibat bencana itu.

“Terima kasih @anwaribrahim_my menyantuni mangsa banjir Kampung Melayu Subang,” tulisnya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna lain yang rata rata menyambut baik tindakan pemimpin nombor satu negara tersebut turun padang bertemu mangsa banjir.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna, fiena179, turut memberikan komen mengenai keadaan sebuah klinik yang dilihatnya dalam video berkenaan.

“Macam cantik je klinik tu sekarang. Saya pergi semasa covid haritu, agak uzur je,” katanya.

Baca juga:

Sementara itu, ahmadpazilmdisa pula memuji tindakan Anwar yang turut turun padang ketika banjir melanda Kelantan.

“Terbaiklah PMX, banjir dekat Kelantan pun turun,” tulisnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved