[VIDEO] Bumbung Pusat Beli Belah Di Petaling Jaya Runtuh, 3 Mangsa Cedera

29 Oct 2023 • 10:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial apabila bumbung sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya runtuh sekitar jam tiga petang semalam.

Kejadian detik cemas yang berlaku di Megah Rise Mall, Taman Megah itu sempat dirakam oleh pengunjung pusat beli belah itu sebelum tular di pelbagai paltform media sosial.

 

Menurut pihak pengurusan pusat beli belah itu, kejadian bumbung runtuh itu berlaku di kawasan berhampiran pintu masuk pusat beli belah.

Difahamkan, kejadian tersebut juga telah menyebabkan tiga orang mangsa cedera ringan

Difahamkan juga, bumbung itu runtuh ketika berlakunya hujan lebat dan angin kencang di lokasi kejadian.

image is not available

image is not available

Buat masa ini, dalam satu kenyataan di Facebook, pihak pengurusan pusat beli belah itu mengatakan pihak mereka sedang menyiasat tentang punca kejadian.

image is not available

Sumber: Facebook, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.