[VIDEO] Harimau Malaya melintas jalan, nyaris bertembung lori balak

LocalEnvironment
23 Sep 2026 • 10:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Harimau Malaya melintas jalan, nyaris bertembung lori balak

PETALING JAYA – Kelibat seekor harimau dipercayai Harimau Malaya yang melintas sebuah jalan ketika waktu malam mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @colours_by_sabri, rakaman kamera papan pemuka kenderaan menunjukkan haiwan berkenaan tiba-tiba melompat keluar dari kawasan semak sebelum menyeberangi jalan.

Kejadian yang dirakam kira-kira pukul 7.30 malam pada Isnin lalu itu turut memperlihatkan haiwan tersebut berada dalam jarak dekat dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan.

“Cantiknya seekor ‘Malayan Tiger’ melompat, kuat, gagah, kacak menyeberangi jalan dan sangat hampir dengan lori balak serta kenderaan ringan.

“Spesies yang cuma tinggal kurang daripada 150 ekor menurut WWF Malaysia. #SelamatkanHarimauMalaya,” tulisnya.

Perkongsian itu meraih lebih 1,000 tanda suka dengan rata-rata pengguna meluahkan rasa kagum selain bersyukur haiwan berkenaan tidak dirempuh kenderaan.

“Nasib tak langgar. Kesian tiger tu trauma,” kata @pp_giggle.

“Rezeki dapat tengok depan mata,” ujar @mazlinamatrabi.

“Kan, tolonglah mana-mana yang melalui jalan di kawasan hutan, bawa kenderaan perlahan sedikit terutama pada waktu malam. Haiwan-haiwan ini kadang-kadang melintas jalan. Kesian pada mereka, mereka pun mahu hidup dan spesies ini pun sudah semakin pupus,” komen @Alina pula. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Harimau Malaya melintas jalan, nyaris bertembung lori balak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved