(VIDEO) “Dia Dah Bukan Islam Ke? Makin Sesat Ni” – Yazmin Aziz Selamba Bercium Dengan Teman Lelaki Depan Khalayak Ramai

EntertainmentLifestyle
21 Jul 2025 • 2:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi Yazmin Aziz telah menjadi bualan warganet susulan tular video memaparkan dirinya mencium teman lelaki, Simon Jospeh Javier di depan khalayak ramai selepas dinobatkan sebagai Mister National Universe yang berlangsung di Manila, malam Ahad.

Melalui video berdurasi 39 saat itu, Yazmin, 24, yang memakai gaun berwarna hitam dengan selamba memeluk dan membalas ciuman, di mana ia diiringi dengan sorakan ramai.

Ciuman pemenang Mister National Universe MPH 2025, Simon dan teman wanitanya, Yazmin Aziz.

Susulan video tersebut tular di platform tersebut, netizen meluahkan rasa terkejut memandangkan Yazmin merupakan wanita beragama Islam.

image is not available

Malah, mempertikaikan kenyataan Simon sebelum ini yang mengatakan dirinya mahu mencium penyanyi terbabit selepas mereka berkahwin.

Dalam video tersebut, Yazmin turut kelihatan gembira sambil melompat-lompat teruja kerana teman lelakinya dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori tersebut.

image is not available 2025-07-06 09:48:56

"Sayang Awak Sepenuh Hati" - Yazmin Aziz Kini Hangat Bercinta Dengan Bapa Anak Satu