(VIDEO) “Dia Nak Join Jugak” – Netizen Terhibur Tengok Monyet Bawa Lari ‘Phone’ Dalam ‘Live’ TikTok Gadis Ini

14 Jun 2022 • 3:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Najwa Razak yang memaparkan rakaman dirinya bersama rakan yang sedang membuat live telah menjadi perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat seekor monyet sedang berlegar di atas bumbung dimana tempat mereka berdua membuat live.

Namun, kedua gadis itu tidak menyedari perkara itu sehingga salah seorang penonton yang berada di dalam live tersebut memaklumkan kepada mereka.

image is not available

Monyet dekat atas, serious lah?

Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah apabila sejurus mereka berdua menyedari perkara tersebut, kedua gadis itu terus berlari tanpa menyelamatkan telefon.

Malah, monyet yang berada di atas bumbung itu dilihat telah turun untuk mengambil telefon milik gadis itu dan membawanya lari.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat kejadian berkenaan lebih-lebih lagi apabila video live itu turut sempat merakam gelagat monyet tersebut.

Terpaling sakit perut aku gelak time monyet tu tunjuk muka – netizen.

Akak, kalau saya lari memang akan lari sekali dengan phone tu.. tak ada masa nak fikir tinggalkan dekat situ.. nanti monyet tu curi macam mana,” tulis seorang pengguna Tiktok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Kena Sumpah Ni.." - Pelamin Musnah Masa Hari Nikah, Netizen Dakwa Doa 'Ex' Termakbul?