
Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Pierre Emerick Lingesh yang memaparkan pasangan India telah meraih perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, dilihat dua pasangan pengantin yang berbangsa India telah membuat kelainan pada majlis persandingan mereka apabila memilih untuk mengikut cara adat bersanding Melayu.
Malah, mereka turut dilihat mengenakan pakaian lengkap pengantin mengikut adat traditional Melayu dengan bersongket dan bertanjak.

India bersanding adat Melayu.
Sehingga kini, video perkongsian itu telah berjaya meraih 945.2K tontonan, 52.6K tanda suka, dan 1.4K komen di aplikasi TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji pasangan itu yang dilihat cantik sedondon dengan pelamin ala-ala majlis kahwin orang melayu.
Ini baru keluarga Malaysia – netizen.
“Kita selalu tengok malam berinai malay theme bollywood pakai saree kurta at all. But this time wow, my 1st time tengok indian pakai songket,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
(VIDEO) "Dia Nak Join Jugak" - Netizen Terhibur Tengok Monyet Bawa Lari 'Phone' Dalam 'Live' TikTok Gadis Ini
The post (VIDEO) “Kita Kan 1 Malaysia” – Buat Kelainan, Pasangan India Ini Pilih Untuk Bersanding Ikut Adat Melayu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

