![Image from: [VIDEO] Dipanggil ‘baby’, anjing K9 terus ‘naik angin’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-30-at-4.55.47-PM.jpeg)
PETALING JAYA – Gelagat seekor anjing Unit K9 yang ‘naik angin’ selepas dipanggil ‘baby’ mencuri perhatian pengguna media sosial ketika sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Menerusi perkongsian pengguna Threads, leeya_liiya, dia pada awalnya menyapa anjing berkenaan dengan panggilan ‘baby’, namun tidak menyangka haiwan itu bertindak menyergahnya.
“Baru je panggil baby tau. Alih-alih kena sergah. Kenapa garang sangat ni. Anyway (apa-apa pun) awak comel.
“Tak salah nama dia Lei ke? Kalau salah maafkan saya,” tulisnya.
Gelagat tersebut mengundang pelbagai komen lucu pengguna Threads yang berseloroh mengenai reaksi ‘garang’ anggota Unit K9 berkenaan.
“Muka ganas macam ini panggil baby malu laa dia,” komen zuismail6.
“Jatuh saham panggil aye ‘baby’ kat public,” tulis asya_mohamad.
Seorang lagi pengguna, char_lesser pula berseloroh seolah-olah anjing berkenaan membalas teguran wanita itu.
“Apa baby baby? Saya Korporal. Panggil Tuan!!! ,” katanya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Dipanggil ‘baby’, anjing K9 terus ‘naik angin’ appeared first on Kosmo Digital.

![[VIDEO] ‘Awak tu K9 tau, boleh garang tak?’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-28-at-3.35.30-PM-1024x766.jpeg)
