[VIDEO] Disyaki Lakukan Gangguan Seksual, Pengasuh Anak Staf Hafiz Mahamad Dakwa Kena Fitnah?

Entertainment
28 Dec 2022 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, kecoh di semua platform media sosial tentang seorang usahawan dan juga influencer, Hafiz Mahamad yang telah mendedahkan perbualannya bersama seorang ibu tunggal yang juga pekerjanya.

Perbualan itu telah mendedahkan cerita mengenai anak perempuan ibu tunggal tersebut yang meluahkan rasa sakit di bahagian kemaluan dan difahamkan bahawa kanak-kanak tersebut mengadu sakit akibat gangguan seksual yang diterima dipercayai dari guru di taska.

Menurut laporan Berita Harian, pelaku yang juga suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu telahpun ditahan oleh pihak polis selepas disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Cybersouth Dengkil, Selangor.

image is not available

Ada pihak yang dakwa mereka difitnah?

Namun, hari ni seorang pengguna TikTok yang mengaku dirinya pengasuh taman asuhan kanak-kanak tersebut mengatakan yang dirinya telah menjadi mangsa fitnah disebabkan oleh video yang ditularkan oleh Hafiz Mahamad di media sosial.

Daripada video berkenaan, dapat dilihat individu tersebut seakan pasrah dan menyerahkan segalanya atas ketentuan Allah SWT terhadap dugaan yang menimpa dirinya.

“Fitnahlah, cacilah, buatlah apa-apa sampai hatimu puas cantik. Allah maha adil,” tulisnya di dalam video tersebut.

Selain itu, dia juga turut memuat naik beberapa gambar di akaun TikToknya yang memaparkan gambarnya bersama beberapa orang anak asuhan yang telah ditutup muka mereka menggunakan pelekat emoji.

image is not available

image is not available

Apa yang menarik perhatian warganet adalah foto tangkap layar posting Hafiz Mahamad daripada Instagram yang dimuatkan dalam video tersebut.

“Dengan satu video artis ni, orang biasa macam kita kena fitnah macam tu je,” tulisnya.

image is not available

Sebelum kita buat spekulasi apa-apa, adalah lebih baik kita tunggu keputusan yang diberikan oleh pihak berkuasa… Semoga keadilan berpihak kepada pihak yang benar

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.