[VIDEO] Dua kereta terkandas, jalan ke Sentul dinaiki air

LocalCars
20 Oct 2026 • 6:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Dua kereta terkandas, jalan ke Sentul dinaiki air

PETALING JAYA – Aliran trafik sesak selepas susur turun Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala ke Sentul susulan kejadian air bertakung di hadapan Sky Awani.

Menerusi perkongsian pengguna media sosial, mugandinibala93 mengingatkan warga Sentul yang mahu menuju ke Batu Muda dan kawasan sekitarnya supaya lebih berhati-hati berikutan kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan.

“Air bertakung depan Sky Awani. Bertabahlah ye, tersangkut dalam kesesakan,” kata syihaamin.

Sementara itu, pengguna media sosial, cynthia_wee memaklumkan dua buah kereta terkandas di tengah kawasan banjir.

“Dua kereta terkandas di tengah banjir,” komennya.

“Patut sangkut dari sini,” tulis hidayahosni. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Dua kereta terkandas, jalan ke Sentul dinaiki air appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved