(VIDEO) “Dudaku Meroyan” – Kacau Bekas Isteri Pergi ‘Dating’, Netizen Kata Tak Boleh ‘Move On’

16 Jun 2022 • 2:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ezan Galus yang memaparkan tindakan bekas suaminya yang mengamuk telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat lelaki itu cuba menghalang bekas isterinya untuk keluar ‘dating‘ bersama lelaki lain walaupun sudah lebih setahun mereka bercerai.

Malah, bekas suaminya turut memarahi ‘teman lelaki’ bekas isterinya itu kerana menaiki kereta yang dikatakan merupakan hak miliknya.

image is not available

Aku nak pergi dating, kau ni sibukla. Dekat setahun dah bercerai ni, dia tak boleh move on, kereta tu saya punya..

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 982.2K tontonan, 20.6K tanda suka, dan 1.2K komen di aplikasi TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah menggelar lelaki itu sebagai ‘gila talak’ kerana telah menceraikan isterinya namun masih mempunyai perasaan sayang.

Masa ada tak nak hargainya, melepas meroyanlah dia – netizen.

Bahaya kalau lafaz talak bukan pada hati, memang akan jadi gila talak, berhati-hati la wahai suami-suami,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO) Bukan Sebab Kerap 'Bersama', Doktor Kongsi Tips Kurangkan Perut 'Boroi' Suami