[VIDEO] ECRL: Kanak-kanak, warga emas, pesara, OKU dapat diskaun 50 peratus

LocalSales & Promo
19 Oct 2026 • 12:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ECRL: Kanak-kanak, warga emas, pesara, OKU dapat diskaun 50 peratus

GOMBAK – Kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta pesara kerajaan bakal menikmati diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan penumpang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, Jemaah Menteri meluluskan pemberian diskaun tersebut sebagai sebahagian daripada pendekatan tambang inklusif dan mesra rakyat.

Menurut beliau, pelajar berusia 13 hingga 24 tahun pula layak menikmati diskaun sebanyak 40 peratus bagi perjalanan menggunakan perkhidmatan ECRL.

Katanya, inisiatif itu bertujuan memperluas akses kepada pengangkutan awam moden yang selesa dan berpatutan, selain memastikan manfaat pembangunan infrastruktur rel dapat dinikmati oleh pelbagai kumpulan masyarakat.

“Insentif ini bertujuan memastikan manfaat ECRL dapat dinikmati secara lebih meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus meningkatkan akses kepada pengangkutan awam moden yang selesa dan berpatutan,” katanya pada sidang akhbar kadar tambang ECRL di Stesen ECRL di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

The post [VIDEO] ECRL: Kanak-kanak, warga emas, pesara, OKU dapat diskaun 50 peratus appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved